Setelah sampainya Nabi di Quba', Nabi Muhammad SAW disambut dengan gembira oleh penduduknya dan baginda tumpang menetap di umah Kalthum Bin Hidam selama empat hari. Kemudian Rasulullah SAW membangunkan masjid Quba', masjid yang disebut oleh Allah sebagai "masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama". Ia merupakan masjid pertama dalam Islam.
Sebelum Rasulullah SAW meneruskan perjalanan baginda ke Madinah, baginda telah solat jumaat masjid Bani Salim Bin 'Auf.
Menurut Al Mas'udi, Rasulullah SAW memasuki Madinah tepat pada malam hari tanggal 12 Rabi'ul Awwal. Di sini Rasulullah SAW disambut dengan meriah dan dijemput oleh orang- orang Ansar. Setiap orang berebut tali untanya kerana mengharapkan Rasulullah SAW sudi tinggal di rumahnya, sehingga baginda berpesan kepada mereka, "biarkan sahaja tali unta itu kerana ia berjalan menurut perintah." Lalu unta itu terus berjalan memasuki lorong- lorong Madinah sehingga sampai ke sebidang tanah di mana ia merupakan tempat pengeringan kurma milik dua anak yatim dari Bani Najjar, yang berhadapan dengan rumah Abu Ayyub Al Ansari. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "di sinilah tempatnya, insya Allah." Lalu Abu Ayyub segera membawa kenderaan itu ke rumahnya, dan menyambut Rasulullah SAW dengan penuh bahagia. Kedatangan Rasulullah disambut oleh gadis- gadis kecil Bani Najjar, lalu mereka berkata: "Kami gadis- gadis dari Bani Najjar, kami harap Muhammad menjadi tetangga kami." Mendengar kata- kata itu, lalu Rasulullah SAW bertanya kepada mereka, "adakah kalian mencintaiku?" Jawab mereka, "Ya." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Allah mengetahui bahawa hatiku memcintai kalian."
Subscribe to:
Posts (Atom)